Sunday 8 January 2012

predict???

Assalamualaikum...sehari sebelum pendengaran keputusan perbicaraan kes liwat DSAI dgn ex-pembantunya Saiful Bukhari, kita dikejutkan dengan pemecatan serta merta YB Hassan Ali oleh Majlis Syura PAS atas alasan pemikiran dan kenyataan YB Hassan Ali tidak menepati prinsip PAS dan menjatuhkan kepentingan PAS selaku sebuah parti...pening jugak keadaan politik semasa skang ni...apa pun mesti Majlis Syura PAS ada alasan yang begitu kukuh yang dirahsiakan kepada umum untuk membuat keputusan yang besar sebegini sebab sesebuah organisasi yang tidak berteraskan keuntungan apabila hendak memecat ahlinya mesti mengemukakan alasan, sebab dan bukti yang konkrit lagi kukuh dan mesti mengikut saluran dan prosiding yang ketat...ini bukan perkara yang main-main..kita serahkan kepada mereka untuk menguruskan hal "rumah tangga" mereka..asalkan jangan melibatkan kepentingan rakyat, sudahlah...mengenai esok pula, dicanang-canangkan oleh media massa+menteri2 kabinet yang keadaan KL akan menjadi huru-hara akibat perhimpunan AMAN 901 oleh PKR..nama pun perhimpunan aman, x kan lah tujuannya nk huru hara kot..kalu jadi pun mesti ada provaktor yang diupah untuk mengotorkan perhimpunan tersebut...mcmanalah keputusan mahkamah esok yek? sama2 kite doakan yang terbaik untuk DSAI...Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku di langit dan di bumi..lepas...lepas di dunia tapi di akhirat belum tahu lagi....

Thursday 5 January 2012

Wacana Perdana 8: Pilihan Raya Umum Ke 13: BN atau Pakatan Rakyat



Banyak persoalan isu semasa politik negara selama ini berselirat dalam otak ini yang terjawab dalam Wacana Perdana antara isunya adalah :

(1) kenapa mahasiswa UPSI n gabungan kampus lain boleh nak revolt sedangkan keadaan kami (PMI UTM tahun 2001) lagi teruk ditekan kerana dicop Underground Activist hinggakan PMI UTM diharamkan selama 3 tahun, dana PMI berjumlah RM 25 K dibekukan (atas kata lain dighaibkan oleh HEP UTM) dan paling teruk scholarship kami terus ditukar kepada loan...

(2) kenapa pembangkang kata rang undang2 perhimpunan awam yang diluluskan baru2 ini adalah lebih zalim dari rang undang2 sebelum ini?

(3) kenapa dalam buku jingga, peruntukkan RM 500 diberikan kepada golongan pendidik?

(4) kenapa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dihalang dari memasuki UIAM sejurus kes Prof Aziz Bari?

(5) di mana kedudukan malaysia dalam carta negara paling bersih dari rasuah?

(6) kenapa orang kita (yang kaya) selalu sangat g Finland?

(7) Siapa jawatankuasa yang merangka gagasan 1Malaysia dan siapa jawatankuasa merangka Buku Jingga?

(8) Apa bukti politikus di kelantan begitu matang kalu nk dibandingkan dengan UIAM?

ini baru sikit...silalah tengok...semoga kita mendapat manafaat darinya...terpulang pada anda untuk menilai...

Kempen 901: Azmin ketuai PKR jumpa polis esok - Politik - Sinar Harian

Kempen 901: Azmin ketuai PKR jumpa polis esok - Politik - Sinar Harian

salah satu isu yang digembar gemburkan oleh media perdana untuk menutup kasus NFC...apalah sangat isu ini kalau nak dibandingkan dengan hal penyelewengan duit rakyat...terpulang pada anda untuk menilai....

Pesanan Manusia Pilihan Allah...

 
"Kalau kamu berada di dalam rumah,peliharalah matamu.kalau kamu berada di tengah orang ramai,jagalah lidahmu,dan jika kamu berada dalam majlis jamuan,jagalah perangaimu"
*
*
*
 -Luqman al Hakim-
 
berapa di kalangan kita yang boleh menjada lidah apabila bersama-sama rakan dan berapa ramai yang berakhlak ketika dalam sesuatu majlis???

Satu perjalanan yang memberikan iktibar



assalamualaikum semua saudaraku...kat sini saya ingin berkongsi satu kisah kejadian yang begitu menyentuh hati saya sewaktu dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru 2 minggu lepas...semasa saya dalam perjalanan melintasi pekan bukit pasir tersekat dalam 'jam' menunggu giliran lampu hijau di persimpangan trafic light pekan bukit pasir, saya terpandang ke luar tingkap sambil mengelamun. tetiba terpana mata dan hati saya terlihat seorang pakcik berbangsa kita sedang terbongkok-bongkok memungut sesuatu yang berwarna putih di bahu jalan masuk ke dalam plastik beras..satu-persatu genggaman tangan tua pakcik itu masuk ke dalam plastik beras...tertanya-tanya dalam hati ini apa yang pakcik tu buat?lama-kelamaan saya mulai sedar yang sedang pakcik itu lakukan adalah MEMUNGUT BERAS YANG TUMPAH AKIBAT PEK BERASNYA TERJATUH KE TANAH semasa beliau menunggang motosikalnya meniti bahu jalan yang berbatu dan berpasir...terkunci mulut ini lalu terfikir dan timbul rasa simpati dan empati saya terhadap pakcik itu kerana beliau berusaha menyelamatkan rezeki yang telah jatuh ke tanah untuk dibawa balik ke rumah..mungkin beliau mempunyai anak yang kecil, mungkin beliau menanggung anak yang sakit..mungkin itulah beras yang mampu beliau beli pada bulan ini...mahu sahaja diri keluar dari kereta untuk hulurkan sedikitkan bantuan tapi apakan daya diri ini terpaksa meneruskan perjalanan kerana lampu merah sudah bertukar hijau...semoga Allah luaskan rezeki pakcik itu...terfikir bagaimana sikap kita yang suka membazir tatakala berurusan dengan rezeki di hadapan kita,,,

Ya Allah, aku mohon keampunanMu atas sikap boros diri dan keluargaku dan janganlah Engkau azab kami atas kelemahan kami..kami mohon bantuan dan hidayahMu untuk mendidik diri kami ini lebih bersyukur atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami....amin.... 

Saturday 10 September 2011

Alangkah lucunya Negri ini Part 1

satu filem yg menceritakan sedikit sebanyak realiti yg berlaku di seberang, negara saudara seagama kita..jalan cerita yang mantop dan menarik, ringan tapi penuh dengan nasihat dan dakwah bil hikmah...sesuai tuk tatapan semua.... kalau diberi bintang, saya berikan 4 setengah dari 5 bintang...semoga kita dapat manfaat dari filem bergenre dakwah oleh Pak Dede...MANTOPPPPP!!!


Wednesday 7 September 2011

mat indera, satu penilaian...


mat indera


Bersempena dengan keadaan semasa yg gah sibuk memperkatakan mat indera dalam belah mana,belah pekhianat ker belah pejuang merdeka bangsa..aku duk surf2 mat indera tuk maklumat lanjut, tetiba terjumpe artikel yg membicarakan biodata mat indera dgn menarik beserta pandangan penulis..ni adalah artikel asal dari blog muor76-http://muor76.blogspot.com/2008/04/mat-indera.html

selamat membaca dan berfikir..


mat indera duduk di depan budak yg senyum




nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

antara cerita lain tentang mat indera
menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis
chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong
cerita orang
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene ngan buah kecubung