Thursday 5 January 2012

Satu perjalanan yang memberikan iktibar



assalamualaikum semua saudaraku...kat sini saya ingin berkongsi satu kisah kejadian yang begitu menyentuh hati saya sewaktu dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru 2 minggu lepas...semasa saya dalam perjalanan melintasi pekan bukit pasir tersekat dalam 'jam' menunggu giliran lampu hijau di persimpangan trafic light pekan bukit pasir, saya terpandang ke luar tingkap sambil mengelamun. tetiba terpana mata dan hati saya terlihat seorang pakcik berbangsa kita sedang terbongkok-bongkok memungut sesuatu yang berwarna putih di bahu jalan masuk ke dalam plastik beras..satu-persatu genggaman tangan tua pakcik itu masuk ke dalam plastik beras...tertanya-tanya dalam hati ini apa yang pakcik tu buat?lama-kelamaan saya mulai sedar yang sedang pakcik itu lakukan adalah MEMUNGUT BERAS YANG TUMPAH AKIBAT PEK BERASNYA TERJATUH KE TANAH semasa beliau menunggang motosikalnya meniti bahu jalan yang berbatu dan berpasir...terkunci mulut ini lalu terfikir dan timbul rasa simpati dan empati saya terhadap pakcik itu kerana beliau berusaha menyelamatkan rezeki yang telah jatuh ke tanah untuk dibawa balik ke rumah..mungkin beliau mempunyai anak yang kecil, mungkin beliau menanggung anak yang sakit..mungkin itulah beras yang mampu beliau beli pada bulan ini...mahu sahaja diri keluar dari kereta untuk hulurkan sedikitkan bantuan tapi apakan daya diri ini terpaksa meneruskan perjalanan kerana lampu merah sudah bertukar hijau...semoga Allah luaskan rezeki pakcik itu...terfikir bagaimana sikap kita yang suka membazir tatakala berurusan dengan rezeki di hadapan kita,,,

Ya Allah, aku mohon keampunanMu atas sikap boros diri dan keluargaku dan janganlah Engkau azab kami atas kelemahan kami..kami mohon bantuan dan hidayahMu untuk mendidik diri kami ini lebih bersyukur atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami....amin.... 

No comments:

Post a Comment