Tuesday 12 July 2011

Akikah dan Bercukur Rambut

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang Dia pinjamkan kepada kita...Sempena kelahiran anak saya Muhammad Mujahid Bin Muhammad pada 20/3/2011 yang lalu, insyallah selepas Hari Raya Aidilfitri (mungkin raya ketujuh or kelapan) kami akan mengadakan Majlis Akikah dan Marhaban untuk melahirkan rasa syukur kami serta berkongsi kegembiraan kami dengan semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat atas kurniaan Allah yang tidak ternilai ini...Dengan ini mari sama-sama kita ulangkaji dan ingat kembali cara-cara akikah yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita.


Akikah bermaksud menyembelih binatang ternakan seperti kambing, unta, lembu, kerbau dan sebagainya ditujukan buat anak yang baru lahir.


Waktu akikah : Pada hari ketujuh atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. Persoalannya jika akikah dibuat semasa anak itu sudah baligh, adakah dikira pahalanya itu? Secara ringkasnya boleh pada bila-bila masa dibuat akikah tetapi untuk mendapat pahala fadhilat dan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut....wallahua'lam.


Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya anak-
a) lelaki : 2 ekor kambing atau 2 bahagian daging lembu/ kerbau/ unta.
b) perempuan : 1 ekor kambing atau 1 bahagian daging/ kerbau/ unta. 
tetapi memadai menyembelih seekor kambing yang cukup sifatnya dan syaratnya bagi anak lelaki dan anak perempuan...pilihan atas kemampuan kita sendiri.=)


Syarat-syarat akikah :
1) Umur binatang sembelihan - unta    - 5 tahun lebih.
                                              lembu/ kerbau  - 2 tahun lebih.
                                              kambing - 2 tahun atau telah bersalin gigi. 
                                              kibas - 1 tahun atau telah bersalin gigi. 


2) Binatang sembelihan tidak cacat.
3) Daging dipotong ikut sendinya dan tidak memecahkan tulangnya.
4) Disembelih ditujukan ke atas nama anak.
5) Tidak boleh berkongsi ramai nama pada seekor kambing kerana binatang itu saiznya kecil. 
6) Sebaiknya berakikah dengan kambing.


Hukum Daging Akikah:


Daging disunatkan dimasak manis dan diagih-agihkan kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara terdekat. 


Persoalannya bolehkah kita mengagihkan daging akikah kepada orang yang bukan muslim? 


keterangannya: ada dua (2) pendapat iaitu; 


1) Harus / Boleh beri makan kepada orang bukan muslim. 


” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru…wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa.

Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah.      


2) Haram 

Mengikut Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. 


Terpulang kepada kita untuk memilih samada beri atau tidak daging akikah kepada orang bukan islam kerana masalah ini adalah masalah furu' (cabangan) bukan masalah yang melibatkan akidah islam. Tujuan kita berakikah adalah untuk mendekatkan diri (taqarub) dengan Allah. Tidak menjadi masalah untuk kita bersedekah kepada sesiapa sahaja yang kita ingin sedekahkan daging itu kerana niat kita adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.  

No comments:

Post a Comment