Saturday 10 September 2011

Alangkah lucunya Negri ini Part 1

satu filem yg menceritakan sedikit sebanyak realiti yg berlaku di seberang, negara saudara seagama kita..jalan cerita yang mantop dan menarik, ringan tapi penuh dengan nasihat dan dakwah bil hikmah...sesuai tuk tatapan semua.... kalau diberi bintang, saya berikan 4 setengah dari 5 bintang...semoga kita dapat manfaat dari filem bergenre dakwah oleh Pak Dede...MANTOPPPPP!!!


Wednesday 7 September 2011

mat indera, satu penilaian...


mat indera


Bersempena dengan keadaan semasa yg gah sibuk memperkatakan mat indera dalam belah mana,belah pekhianat ker belah pejuang merdeka bangsa..aku duk surf2 mat indera tuk maklumat lanjut, tetiba terjumpe artikel yg membicarakan biodata mat indera dgn menarik beserta pandangan penulis..ni adalah artikel asal dari blog muor76-http://muor76.blogspot.com/2008/04/mat-indera.html

selamat membaca dan berfikir..


mat indera duduk di depan budak yg senyum




nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

antara cerita lain tentang mat indera
menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis
chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong
cerita orang
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene ngan buah kecubung

Wednesday 3 August 2011

ingatan

amalan sunat ketika berpuasa dalam bulan Ramadan


Suatu petang, duduk seorang ibu bersama anaknya di depan rumah...

Anak: "bu, semalam ibu tengok x pengumuman pose?esok pose kan bu?" tanya anak dengan nada yang lembut.
Ibu: "ya nak, ibu kan sebelah awak smlm.."
Anak: "bu, kalau kite pose, apa yang biasanya boleh kite buat tuk tambah pahala kite?"
Ibu: "ohhh, kalau kite pose kan, kite mesti banyakkan baca al-Quran dan bersedekah duit atau tenaga"
Anak: "lagi?"
Ibu : "masa sahur, kite lambatkan dan masa buka kite cepat2kan. jangan lupe makan kurma dulu sebelum makan  yang laen.."
Anak: "td ustaz kat sekolah kata kite mesti kurangkan tidur masa pose, tul ke bu?"
Ibu:"betul tapi ada 1 waktu yang bile kite tidur dpt pahala sunat"
Anak: "aik, tidur siang pun boleh dpt pahala ke bu?"
Ibu: "ada yang, kalau kite tidur 10-15 minit sebelum waktu zohor kite dpt pahala sunat. namanya Qailullah."
Anak: "oooooooohhhhhh, best nye esok dah pose bu. dpt pahala banyak"
Ibu:"bukan saje pahala banyak je nak tapi pahala digandakan bermula dari 10 kali ganda hingga 700 kali ganda.kalau bulan biasa kite sedekah dpt 10 (pahalanya) dalam bulan ramadan ni kalau kite bersedekah, kite dpt 7000 pahala..."
Anak:"fuuuiiyyyooooo,banyaknya pahala bu"...   

Tuesday 26 July 2011

Berita Harian Online | New York benarkan kahwin sejenis

Berita Harian Online | New York benarkan kahwin sejenis
Assalamualaikum para sahabat. Ni berita yang mengejutkan AM pagi2 ini apabile membaca berita harian online..btul2 akhir zaman...mengucap+istighfar panjang bile AM membaca artikel yang mengatakan bahawa Bandar New York di Amerika Syarikat telah membenarkan perkahwinan sejenis..mungkin ada di kalangan kite umat Islam di Malaysia berpendapat bahawa itu berlaku di Amerika, satu negara bukan Islam,biarkan lah mereka dengan cara mereka..2 memang btul, itu cara mereka tapi haruskah kite membiarkan sahaja gejala tersebut berlarutan di bumi Allah ini khususnya di Malaysia? Budaya Homoseksual di Malaysia sudah berlaku walaupun dalam keadaan kita x berapa sedar dan ambik berat..sebagai contoh sekarang ni kalau kita berjalan di bandar, kita akan melihat golongan tomboy atau pengkid berjalan dengan gagahnya seiring dengan pasangan kekasihnya...sudah banyak berlaku tapi ada x di kalangan kita yang berani menegur mereka? Apakah hanya pegawai agama yang dipertanggungjawab untuk menegur golongan seperti itu? kita tepuk dada tanya iman kita...Alhamdulillah sekarang di negara kita ini belum desas-desus kerajaan menimbang akta untuk membenarkan perkahwinan sejenis walaupun ada gerakan NGO yang dipelopori dan dinaungi oleh puteri mantan Perdana Menteri mendokong usaha membenarkan perkahwinan sejenis di Malaysia atas alasan menghormati hak kebebasan individu. Ini hak kebebasan individu yang dalalah lagi jahil acuan sekularis barat. Islam berpandangan bahawa gejala ini adalah HARAM DAN BERDOSA BESAR kerana jenayah menentang serta mencabuli kesemulajadian kejadian makhluk yang Allah cipta berpasang-pasangan bahkan kalu dirujuk kepada agama samawi yang lain pun (yahudi dan kristian) menganggap perbuatan ini berdosa besar. Qur’an dan Sunnah Rasulullah secara jelas telah mengharamkan homoseksual dan mengancam pelakunya dengan hukuman yang sangat berat. Dan ini juga telah diyakini oleh sahabat-sahabatnya dan seluruh kaum muslimin selama berabad-abad.

Oleh kerana perbuatan yang menjijikkan inilah Allah telah memusnahkan kaum nabi Luth A.S dengan cara yang sangat mengerikan. Allah SWT berfirman:

Ertinya:
Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas” (QS. As-Syu’ra : 165-166)
Bahkan Homoseksual jauh lebih menjijikkan dan hina daripada zina. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
أقتلوا الفاعل والمفعول به (حديث صحيح أخرجه أبو داود والترمذي)
Maksudnya:

Bunuhlah fa’il dan maf’ulnya (kedua-duanya) perbuatan homoseksual. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Berikut adalah perbahasan mengenai hukuman jenayah homoseksual yang dibincang oleh ulama' fuqaha:

  1. Fuqaha Madzhaf Hanbali: Mereka sepakat bahawa hukuman bagi pelaku homoseksual sama dengan hukuman bagi penzina. Yang sudah menikah direjam dan yang belum menikah dirotan 100 kali dan dipenjara selama setahun. Adapun dalil yang mereka (ulama' mazhab Hanbali) gunakan dalam penentuan hukuman adalah Qiyas. Kerana defenisi Homoseksual (Liwath) menurut mereka adalah menyetubuhi sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah. Maka mereka menyimpulkan bahawa hukuman bagi pelakunya adalah sama dengan hukuman bagi penzina. Tetapi qiyas yang mereka lakukan adalah qiyas ma’a al-fariq (mengqiyaskan sesuatu yang berbeza) kerana liwath (homoseksual) jauh lebih mejijikkan daripada perzinaan.
  2. Pendapat yang benar adalah pendapat kedua yang mengatakan bahwa hukuman bagi pelaku homoseksual adalah hukuman mati. Kerana virus ini kalau ia tersebar dalam masyarakat maka ia akan menghancurkan masyarakat tersebut.
Syeikh Ibnu Taymiyah mengatakan bahawa seluruh sahabat Rasulullah SAW sepakat bahwa hukuman bagi keduanya adalah hukuman mati. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:
من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به
Ertinya:
“Barangsiapa kamu temui melakukan perbuatan kaum Luth (Homoseksual), maka bunuhlah al-fail dan al-maf’ul bi (kedua-duanya)”.

Terdapat juga perselisihan pendapat di mana sebahagian sahabat mengatakan bahwa kedua-duanya harus dibakar hidup-hidup, sehingga menjadi pelajaran bagi yang lain. Pendapat ini diriwayatkan dari khalifah pertama Abu Bakar As-Shiddiq. Sahabat yang lain berpendapat bahwa hukuman untuk homoseksual sama dengan hukuman bagi pezina yang sudah menikah (rejam sampai mati). Adapun pendapat yang ketiga adalah keduanya dibawa kepuncak yang tertinggi di negeri itu kemudian diterjunkan dari atas dan dihujani dengan batu. Kerana dengan demikianlah kaum nabi Luth A.S dihukum oleh Allah SWT.

Subhanallah, begitu berat Islam memberikan hukuman terhadap pelaku homoseksual kerana kesannya amat-amat buruk...kerana Islam diturunkan untuk menjadikan manusia lebih selamat dan sejahtera dunia dan akhirat...semoga Allah melindungi kita dari golongan2 homoseksual dan semoga kita dan anak cucu kita dilindungi dari terjebak ke dalam gejala yang amat hina ini..Na'uzubillah himin zalik...


Mengapa Aktivis Agama Berbeza Sebegitu?

Antara huraian secara jelas kenapa kumpulan2 pendakwah Islam bertelingkah antara satu sama lain...khususnya golongan salafi dan khalafi....
berlapanglah dada....

Mengapa Aktivis Agama Berbeza Sebegitu?

Monday 25 July 2011

Pesanan Ramadan - Ramadan Dihayati

Set iklan yang wajar diambil berat dan dihayati sebelum menghadapi bulan Ramadan al-Mubarak nanti..
Semoga kite mendapat keampunan dan rahmah (**p/s-khusus untuk yang berusaha ke arah itu lah...yang laen, x der jaminan dari penaja bulan Ramadan iaitu Allah Taala...)










Sunday 24 July 2011

Tukar jantina dan mengubah kejadian Allah....


Assalamualaikum....AM terfikir sejenak mengenai seorang lelaki yang memohon jantinanya ditukar kepada perempuan baru2 ini...sesetengah orang yang berfikiran Rasionalis+Liberalis dan sewaktu dgnnya menganggap bahawa itu adalah hak individu tersebut..Hak asasi manusia...Apakah mereka lupa yang mereka telah dijadikan Allah dalam bentuk yang terbaik?sesuka hati je nak tukar atas alasan "saya badan lelaki tetapi emosi dan perasaan saya perempuan" atau "Allah telah jadikan emosi dan rasa saya sama macam perempuan, kenapa saya harus kekal dalam lelaki?!" Begitu jahil+bodoh+mengada-ngada yang terlampau..Rasulullah s.a.w melaknat mereka2 yang mengubah kejadian yang ada di badan mereka dan secara automatiknya HUKUM MENUKAR JANTINA DAN MENGUBAH KEJADIAN ALLAH ADALAH HARAM YANG SEBETUL2 HARAM. Ini berdasarkan beberapa buah hadis spt berikut:

1. Drp Ibn Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat kaum lelaki yg menyerupai atau berlagak spt wanita (al-mukhannathiin / al-mutasyabbihiin bi al-nisa') dan kaum wanita yg menyerupai / berlagak spt lelaki (al-mutarajjilaat / al-mutasyabbihat bi al-rijaal)" (Riwayat al-Bukhari)

2. Drp Abu Hurairah r.a., beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yg memakai pakaian wanita dan wanita yg memakai pakaian lelaki" (Riwayat Abu Dawud dgn sanad sahih) -dipetik drp kitab Riyadhus Salihin.

Drp hadis di atas, jelaslah haram hukum lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. Perlu diingat, bila sesuatu larangan dlm nas itu disertai 'laknat' atau azab atau hukuman yg pedih s/ada di dunia atau akhirat, maka pelakunya adalah berdosa besar dan menjadi fasiq sehinggalah dia bertaubat nasuha.
Jika perbuatan 'menyerupai' atau ' berlagak' sahaja pun telah dikira berdosa besar dan dilaknat oleh Nabi s.a.w., apatah lagi perbuatan mengubah sesuatu anggota lelaki menjadi anggota wanita, lebih2 lagilah dosanya.

Bahkan perbuatan menukar jantina itu termasuk dlm kategori dosa besar yg lain (tambahan kpd dosa menyerupai wanita), iaitu mengubah ciptaan Allah s.w.t. atas dasar tak puas hati dgn takdir. Ttg perbuatan terlaknat mengubah ciptaan Allah s.w.t. tanpa sebab syar`ie (spt memulihkan kecacatan yg luar biasa) ini, saya telah jelas dlm sebuah jawapan kpd e-mel netter seblm ini. Sesiapa yg rajin boleh merujuk juga dlm kitab Riyadhus Salihin karangan Imam al-Nawawi itu.

Alasan naluri jiwa nak jadi perempuan tidak boleh diterima langsung sebg sebab utk mengharuskan perbuatan manusia yg dikutuk itu. Kalau begitu, seorg yg suka merompak pun akan berkata naluri jiwanya suka merompak. Begitu juga perogol, penzina, perasuah dan pelbagai penjenayah lagi boleh berhujah konon naluri jiwanya suka melakukan perbuatan2 jenayah itu. Bukankah perbuatan jenayah itu hanya pd penggunaan org ramai yg bukan penjenayah, pd seorg penjenayah, ia bukanlah jenayah yg perlu dihukum, ataupun paling kurang dia ada alasan sendiri utk mengharuskan jenayahnya itu atau menganggapnya bukan satu kesalahan. Mungkin alasannya, naluri jiwanya sukakan perbuatan itu.
Puak2 mak nyah yg dilaknat dlm hadis di atas harus ditangani dgn hikmah antara ibu bapa, masyarakat dan kerajaan.

Ibu bapa dan keluarga wajib mendidik anak2 supaya menjadi org Islam yg taat dan takut utk melakukan dosa (ini memandangkan majoriti lebih 90% golongan maknyah itu ialah Melayu Islam). Akidah terhadap pembalasan neraka amat berkesan utk membuang amalan jahiliyah ini. Para Sahabat dulu boleh meninggalkan amalan2 jahiliyah dgn aqidah (iaitu kepercayaan/keimanan) yg betul2 kukuh terhadap nasib hidup selepas kematian. Seseorg itu bertindak berdasarkan kepercayaannya, bila kepercayaan itu lemah, maka senanglah syaitan drp kalangan manusia dan jin menjadi gurunya.
Masyarakat pula wajib memandang jijik amalan yg tak diterima oleh masyarakat manusia yg waras ini, apatah lagi masyarakat Islam yg beriman dgn Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Jika masyarakat menerima kehadiran mereka, nescaya lama kelamaan, makin ramai spesis itu akan muncul. Alhamdulillah, masyarakat kita rata2 tidak menerima spesis ini, sehingga hampir tak ada majikan yg sanggup menggaji manusia spt itu. Bagaimana majikan nak percaya pd seseorg yg tak amanah pd dirinya sendiri?

Kerajaan pula hendaklah lebih bertanggungjawab terhadap gejala sosial yg berlaku, apatah lagi bila kerajaan yg ada mendakwa sebg 'kerajaan Islam' dlm sebuah 'negara Islam'. Kalau tidak, rakyat akan kata kerajaan Islam ini hipokrit (…ada satu istilah yg semakna dgn 'hipokrit' ini dlm B. Arab, yg lebih keras jika disebut). Kalau dgn senang pelbagai undang2 (selalunya utk kepentingan politik) boleh diluluskan oleh parlimen yg dikuasai dgn majoriti 2/3nya, takkan tak boleh membuat satu undang2 menghalang perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan ini.

***Petikan dari www.tranungkite.net dan diolah sedikit oleh penulis...

Review Blog....

Assalamualaikum kpd sahabat2 seme...pagi ni Abi Mujahid ingin berkongsi review atau pandangan mengenai satu blog yang AM baca n ikuti iaitu blog ust fuad..AM sangat mengenali penulis blog ni sbb ust Fuad adalah salah seorg tok guru AM masa menuntut di sek arab dulu di Kluang...AM x mahu mengulas tentang hal-hal biodata penulis blog ini tapi ingin sekali mengulas isi kandungan blog, menariknya penulis blog ini menyampaikan pandangan / nasihat tentang kehidupan dan agama dengan menggunakan metod cerita atau kisah yang mampu menarik pembaca2 yang rata2nya orang kite yang suka bacaan yang ringan dan sederhana beratnya...banyak kisah2 kehidupan dan petikan2 nasihat dari ulama' terkenal seperti imam al-Ghazali dan lain-lain..Ia juga menyelitkan cerita pengalaman penulis di sekolah semasa menghadapi kerenah2 pelajar beliau. Tidak bosan membaca dan menelaah blog ini...AM sarankan ----------------------------------------------------------->Tahap Bestnyer Blog- MANTOP - isi kandungan dan penyampaian- 4 Bintang dari 5 Bintang. Semoga berkat ilmu ustaz fuad atas usaha berterusan ustaz mendidik kami...amin...
 

Berita Harian Online | Majlis perkahwinan mewah beri impak negatif

Sudah lumrah manusia yg semulajadi sifatnya suka menunjuk-nunjuk dan berlebih-lebih dalam sesuatu hal atau urusan tapi 2 sifat ini adalah salah satu daripada sifat mazmumah yang dicela Allah..nampaknya hamba Allah akhir zaman ni suka sgt melakukan sesuatu urusan secara extrvaganza...x kesah lah sbb 2 duit die, urusan die. 2 alasan tipikal org melayu untuk menghalalkan perbuatan buruk atau separa buruk tp pernah x kite terpikir disbbkan diorg yg suka melampaui batas dan suka menunjukkan kedangkalan ego serta hidung mereka yg tinggi serta nafsu yg x pernah cukup dalam urusan walimatul urus atau org muo kata keje kahwin akan memberikan kesan atau efek yg begitu buruk dan membusuk dalam masyarakat..kalu x efek pada kite, mungkin pada anak-anak kite, jiran-jiran sebelah kite, pekerja kilang yang bergaji RM800++... cuba korg pikir eh, disbbkan sifat taklid bute yg ada dlm org melayu ni kuat, yg suka ikut2 artis, untuk seseorang lelaki dan perempuan berkahwin mereka memerlukan kire2 RM50,000 (jumlah termasuk kenduri kedua2 belah pihak, hantaran,cincin bla..bla..bla...)..jangan terperanjat kalu saya katakan jumlah ini adalah untuk orang kebanyakkan di negeri johor...saya ada berborak dgn seorang mekanik cina di kulai tentang kos kahwin melayu skang ini dan die terkejut berok bermata sepet..."haiyyaa,wa ingt cina saja kawen kene manyak duit, melayu pun same puuunnnnn"...sambil menggaru2 kepala die yg x gatal..saya mampu tersenyum bile tengok reaksi mekanik cina 2. cube kite buka minda, mana lah sabahat2 kite yang baru keje nk kumpul duit sebanyak 2 dlm masa yg singkat (RM50,000)...baru keluar "U", baru keje bergaji rm2500.nak bayar kete, nak bayar pinjaman PTPTN, nak bayar rumah sewa, nak bagi mak ayah, makan, minyak.x termasuk lagi dgn hobi yang menelan duit yang agak byk..(contoh modified kete)....nafsu dan membuak2 nak kawen+kene plak calon da ada..agak2 boleh tahan ke?2 yg ada manusia yg imannya x berapa kuat memilih jln singkat iaitu kawen lari atau lebih teruk lagi berzina dan seterusnya memberikan satu lagi gejala yang amat2 hina iaitu buang bayi....

Wanauzubillahimin zalik...semoga Allah pelihara kite semue dari gejala tersebut... cube pikir...mungkin perbuatan mereka berkahwin secara extravaganza ini bukanlah punca utama kenaikan kos berkahwin bagi umat manusia di Malaysia ini (khususnya melayu) yg rata-rata hidup sederhana tp ia dikesan sebagai punca tambahan bagi masalah ini...Nabi kan da pesan sebaik-baik wanita yang dikahwini wanita yang maharnya rendah...Allah pun ingtkan dalam al-Quran yg Allah x suka kepada orang yang melampaui batas...fikir dan bertindak...anda mampu mengubahnya...

sila klik untuk Berita Harian Online | Majlis perkahwinan mewah beri impak negatif

Saturday 23 July 2011

Berita Harian Online | Cabaran malam minggu MuarFest di Tasik Titiwangsa tawar RM12,000

Tahniah kepada anak-anak melayu Muar yang berada di negeri org..syabas atas usaha mereka yang berusaha menaikkan nama Muar sebagai daerah yang terbaik dalam segala segi....

sila klik---->Berita Harian Online | Cabaran malam minggu MuarFest di Tasik Titiwangsa tawar RM12,000

Peringatan!!!

Nama saya Sya'ban,Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar.Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah.Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines.Hargai mereka, & anda akan mendapat berkat. 
~~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK~~('',)~~('',)~~

Friday 22 July 2011

Red Devil, Bola, Salib & Hukum Fiqh

Masyallah...astaghfirullah..selama ini aku maen pakai jer jersi liverpool...lama aku tggu liverpool nk tukar jenama jersi dari Carlsberg ke standard charted..ingtkan dah tukar boleh lah beli n pakai tapi bile mlm ni terbaca pandangan ustaz Zaharuddin yang mengatakan HARAM memakai baju yang ada jenama yang mengamalkan riba seperti standard charted dan AON, terus aku terpikir mcmana nak lupuskan jersi liverpool aku tuh....ingtkan nk bg jer jiran sebelah umah mak mertua sbb die tuh india...x per rugi RM60++ asalkan aku tidak menanggung dosa seberat dosa MEMERANGI ALLAH DAN RASULNYA serta dosa sehebat BERZINA 36 KALI...semoga Allah ampunkan dosaku....Terima Kasih Allah kerana ingatkanku....
Sila lihat pandangan ustaz Zaharuddin mengenai isu ini---> Red Devil, Bola, Salib & Hukum Fiqh

Thursday 21 July 2011

mancing udang

Udang sekolah rendah mengamuk.

Antara hasil pada hari itu...

berbaris sebelum dimasak.

anak gelama pengacau umpan.

udang masak sambal manis..=P

lagi udang masak sambal manis.

bersedia dikerjakan..=)

Renungan Untuk wanita khususnya isteriku, adik-beradikku, rakan sejawatku dan kenalanku......

Wednesday 20 July 2011

Harapan Ramadhan- macamana persediaan kita?


Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tidak lama lagi kita akan berjumpa lagi dengan penghulu segala bulan iaitu Ramadan al-Mubarak. Kalau nak dibandingkan gaya sambutan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ketika kedatangan Ramadan dengan gaya umat akhir zaman sekarang ini bagaikan langit dengan bumi, air laut dengan air sungai, dan macam-macam lagi yang menunjukkan betapa bezanya mereka dengan kita. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan bulan penuh barakah ini bagaikan menyambut tetamu "VVVIP" dan berlumba-lumba untuk menambah amalan sunat dan memperbaiki amalan yang wajib. Ketika akhir bulan Ramadan, ada yang di kalangan sahabat-sahabat menangis teresak-esak disebabkan bulan Ramadan dah nak abis tapi kita sekarang ni Ramadan da nak hampir, masing-masing mengutamakan perkara-perkara yang "sia-sia" seperti berangan-angan nak buka dengan apa, apa makanan yang sedap untuk dibuat juadah, kedai perabot mana nak singgah, cat pe nak dipilih untuk dinding rumah dan macam-macam lagi fikiran yang tiada terlintas di dalam benak sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w...Di sini sengaja saya mencari beberapa hadis (sahih dan hassan) yang menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan untuk motivasi kita bersama. Semoga kita beroleh kemenangan dan keuntungan di dunia dan di akhirat..Insyallah amin...

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)


Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)
70 tahun.' (HR Bukhari)


Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)


Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' ( Riwayat Al Baihaqi)

Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' ( Sahih Bukhari)

Monday 18 July 2011

Bacaan Ringan Petang2...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekiam...:)

jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan...

Tuesday 12 July 2011

Akikah dan Bercukur Rambut

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang Dia pinjamkan kepada kita...Sempena kelahiran anak saya Muhammad Mujahid Bin Muhammad pada 20/3/2011 yang lalu, insyallah selepas Hari Raya Aidilfitri (mungkin raya ketujuh or kelapan) kami akan mengadakan Majlis Akikah dan Marhaban untuk melahirkan rasa syukur kami serta berkongsi kegembiraan kami dengan semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat atas kurniaan Allah yang tidak ternilai ini...Dengan ini mari sama-sama kita ulangkaji dan ingat kembali cara-cara akikah yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita.


Akikah bermaksud menyembelih binatang ternakan seperti kambing, unta, lembu, kerbau dan sebagainya ditujukan buat anak yang baru lahir.


Waktu akikah : Pada hari ketujuh atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. Persoalannya jika akikah dibuat semasa anak itu sudah baligh, adakah dikira pahalanya itu? Secara ringkasnya boleh pada bila-bila masa dibuat akikah tetapi untuk mendapat pahala fadhilat dan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut....wallahua'lam.


Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya anak-
a) lelaki : 2 ekor kambing atau 2 bahagian daging lembu/ kerbau/ unta.
b) perempuan : 1 ekor kambing atau 1 bahagian daging/ kerbau/ unta. 
tetapi memadai menyembelih seekor kambing yang cukup sifatnya dan syaratnya bagi anak lelaki dan anak perempuan...pilihan atas kemampuan kita sendiri.=)


Syarat-syarat akikah :
1) Umur binatang sembelihan - unta    - 5 tahun lebih.
                                              lembu/ kerbau  - 2 tahun lebih.
                                              kambing - 2 tahun atau telah bersalin gigi. 
                                              kibas - 1 tahun atau telah bersalin gigi. 


2) Binatang sembelihan tidak cacat.
3) Daging dipotong ikut sendinya dan tidak memecahkan tulangnya.
4) Disembelih ditujukan ke atas nama anak.
5) Tidak boleh berkongsi ramai nama pada seekor kambing kerana binatang itu saiznya kecil. 
6) Sebaiknya berakikah dengan kambing.


Hukum Daging Akikah:


Daging disunatkan dimasak manis dan diagih-agihkan kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara terdekat. 


Persoalannya bolehkah kita mengagihkan daging akikah kepada orang yang bukan muslim? 


keterangannya: ada dua (2) pendapat iaitu; 


1) Harus / Boleh beri makan kepada orang bukan muslim. 


” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru…wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa.

Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah.      


2) Haram 

Mengikut Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. 


Terpulang kepada kita untuk memilih samada beri atau tidak daging akikah kepada orang bukan islam kerana masalah ini adalah masalah furu' (cabangan) bukan masalah yang melibatkan akidah islam. Tujuan kita berakikah adalah untuk mendekatkan diri (taqarub) dengan Allah. Tidak menjadi masalah untuk kita bersedekah kepada sesiapa sahaja yang kita ingin sedekahkan daging itu kerana niat kita adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.  

Solat Jenazah;Bagaimana Melakukannya....



Kaifiat Perlakuan Solat Jenazah : 
Solat Jenazah merupakan salah satu bentuk doa dari manusia yang hidup kepada si mati agar dikurangkan bebanan atau menambahkan lagi martabat si mati di sisi Allah, bukanlah sebagai "cara" untuk menghapuskan segala dosa si mati...Itu semua Hak Allah. Melaksanakan solat Jenazah secara asasnya hukumnya fardhu kifayah. Namun begitu adalah wajib untuk setiap individu belajar dan memahami serta menguasai cara perlaksanaan solat Jenazah. 
Adalah digalakkan kepada kita untuk mendirikan solat jenazah sekurang-kurangnya tiga (3) saf / baris walaupun baris itu pendek. Pernyataan ini dibuat berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang disolatkan oleh tiga baris kaum muslimin, maka telah diwajibkan ke atas jenazah itu masuk syurga." (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud). 
SYARAT SAH SOLAT JENAZAH 
1) Wajib menutup aurat
2) Suci daripada hadas kecil dan besar serta daripada najis.
3) Menghadap kiblat. 

Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————-
Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Nota: Artikel ini dinukilkan setelah merujuk kepada Ustaz Nor Amin, Ustaz Azhar Idrus, http://syahirul.com dan Ustaz Ismail Kamus (Buku Indahnya Hidup Bersyariat, 2009, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)