Wednesday 7 September 2011

mat indera, satu penilaian...


mat indera


Bersempena dengan keadaan semasa yg gah sibuk memperkatakan mat indera dalam belah mana,belah pekhianat ker belah pejuang merdeka bangsa..aku duk surf2 mat indera tuk maklumat lanjut, tetiba terjumpe artikel yg membicarakan biodata mat indera dgn menarik beserta pandangan penulis..ni adalah artikel asal dari blog muor76-http://muor76.blogspot.com/2008/04/mat-indera.html

selamat membaca dan berfikir..


mat indera duduk di depan budak yg senyum




nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

antara cerita lain tentang mat indera
menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis
chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong
cerita orang
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene ngan buah kecubung