Sunday 8 January 2012

predict???

Assalamualaikum...sehari sebelum pendengaran keputusan perbicaraan kes liwat DSAI dgn ex-pembantunya Saiful Bukhari, kita dikejutkan dengan pemecatan serta merta YB Hassan Ali oleh Majlis Syura PAS atas alasan pemikiran dan kenyataan YB Hassan Ali tidak menepati prinsip PAS dan menjatuhkan kepentingan PAS selaku sebuah parti...pening jugak keadaan politik semasa skang ni...apa pun mesti Majlis Syura PAS ada alasan yang begitu kukuh yang dirahsiakan kepada umum untuk membuat keputusan yang besar sebegini sebab sesebuah organisasi yang tidak berteraskan keuntungan apabila hendak memecat ahlinya mesti mengemukakan alasan, sebab dan bukti yang konkrit lagi kukuh dan mesti mengikut saluran dan prosiding yang ketat...ini bukan perkara yang main-main..kita serahkan kepada mereka untuk menguruskan hal "rumah tangga" mereka..asalkan jangan melibatkan kepentingan rakyat, sudahlah...mengenai esok pula, dicanang-canangkan oleh media massa+menteri2 kabinet yang keadaan KL akan menjadi huru-hara akibat perhimpunan AMAN 901 oleh PKR..nama pun perhimpunan aman, x kan lah tujuannya nk huru hara kot..kalu jadi pun mesti ada provaktor yang diupah untuk mengotorkan perhimpunan tersebut...mcmanalah keputusan mahkamah esok yek? sama2 kite doakan yang terbaik untuk DSAI...Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku di langit dan di bumi..lepas...lepas di dunia tapi di akhirat belum tahu lagi....

No comments:

Post a Comment