Sunday, 24 April 2011
Festival Nasyid Sek Menengah Kebangsaan dan Sek Kebangsaan Peringkat Daerah Kulaijaya.
Alhamdulillah segala puji dan pujian ditujukan ke hadrat Allah Azza Wa Jal atas RahmatNya dan RahimNya kumpulan nasyid SMPK Vokasional Indahpura, al-Ikhwan telah menyertai Festival Nasyid Sek Men dan Sek Keb Peringkat Daerah Kulaijaya pada 23 April 2011,sabtu yang bertempat di TJ Mart,Saleng,Senai,Johor. Ini merupakan julung-julung kalinya kumpulan al-Ikhwan menyertai pertandingan nasyid yang bertaraf festival aliran perdana berbanding dengan status sek kami "Sek Men Pendidikan Khas".Syabas diucapkan kepada ahli kumpulan dan tidak dilupakan juga jutaan terima kasih ditujukan khas untuk team jurulatih nasyid sekolah yang dianggotai oleh Puan Nurhufaidah, Puan Siti Zulaikah, Cik Erni Maslia dan En Shah Erwan di mana telah bertungkus lumus melatih team al-Ikhwan selama seminggu. Walaupun dalam masa latihan yang singkat dan padat, kumpulan al-Ikhwan telah memberikan saingan yang hebat kepada kumpulan-kumpulan nasyid sek men aliran perdana. Tahun depan al-Ikhwan akan muncul kembali dengan misi dan visi yang baru iaitu menyaingi sekolah-sekolah menengah di daerah Kulaijaya seterusnya menaikkan nama SMPK Vokasional Indahpura.Syabas al-Ikhwan!!!!
Wednesday, 20 April 2011
alhamdulillah....syukur kpd Allah Taala.
alhamdulillah,syukur kpd Ilahi pada tanggal 20/3/2011,jam 2.30 petang telah lahirkan ke dunia puteraku yang pertama. selama ini aku hanya mendengar cerita-cerita orang mengenai suasana dan perasaan semasa mendapat anak pertama dan kali ini Allah Taala telah memberikan peluang kepadaku untuk merasai keindahan dan keseronokan menerima cahaya mata. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kegembiraan ketika pertama kali mengazankan dan mengiqamatkan kedua belah telinga puteraku...mengalir air mata seorang ayah melihat anaknya yang masih merah di dalam dakapan khusyuk serta memberikan respon yang begitu ikhlas mendengar azan dan iqamat serta bacaan surah 'alam nasyrah' dan surah al-ikhlas. benarlah kata Allah dan RasulNya bahawa manusia dilahirkan tiada sekelumit dosa pun ibarat kain putih bersih di mana yang mencoraknya Islam atau Nasrani atau Yahudi adalah ibu dan bapanya...sudah cantik qada dan qadar Allah bahawa puteraku ditaqdirkan dengan nama MUHAMMAD MUJAHID BIN MUHAMMAD.semoga menjadi pejuang agama Allah yang soleh dan istiqamah,wahai anakku....
Subscribe to:
Posts (Atom)